Sunday 28 April 2013

Agen penyebaran biji benih (Sains Thn 5)

Tumbuhan memerlukan agen untuk menyebarkan biji benihnya. Biji benih perlu disebarkan untuk mengelakkan berlakunya persaingan di antara anak-anak pokok.
Terdapat 4 agen penyebaran biji benih iaitu melalui haiwan/serangga, air, angin dan mekanisme letupan.

a) agen penyebaran - haiwan/serangga
Biji benih yang disebarkan melalui kaedah ini mempunyai beberapa ciri iaitu:-
i. rasa yang sedap
ii. bau yang harum
iii. biji benih yang kecil dan keras
iv. mempunyai warna yang menarik
v. mempunyai cangkuk
Contoh biji benih ialah rambutan, betik, durian, manggis, cili, kemuncup dan lain-lain lagi.
 

 
b)agen penyebaran - air
Ciri-ciri biji benih ialah:-
i. mempunyai kulit yang kalis air
ii. boleh terapung di permukaan air
iii. kulit berlilin
iv. habitat tumbuhan berhampiran air
v.bersabut
vi. mempunyai rongga udara
Contoh ialah buah pong-pong, kelapa, teratai



c) agen penyebaran - angin
Ciri-ciri biji benih ialah:-
i. mempunyai kepak dan struktur seperti sayap
ii. ringan dan mudah diterbangkan oleh angin
iii.berbulu
Contoh ialah biji buah meranti, angsana, lalang dan dendelion



d)agen penyebaran - mekanisme letupan
Ciri-ciri biji benih:-
i. mempunyai kulit luar yang akan kering dan boleh merekah apabila matang
Contoh ialah keembong, getah, bendi, saga, jering dan lain-lain lagi



10 comments:

  1. BOLEH MEMBANTU ANAK SAYA MENAMBAH MAKLUMAT..TERIMA KASIH

    ReplyDelete
  2. senanglah anak saya menyiapkan tugasan Sains.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih banyak, maklumat yang disediakan di sini sangat berguna untuk anak saya mengetahui lebih banyak tentang topik tersebut.

    ReplyDelete
  4. terima kasih banyak, maklumat yg ada di sini sangat berguna.ini menambahkan lagi pengetahuan anak dan saya sendiri.

    ReplyDelete
  5. terima kasih banyak, maklumat yg ada di sini sangat berguna.ini menambahkan lagi pengetahuan anak dan saya sendiri.

    ReplyDelete
  6. Maklumat ini sangat berguna...👍

    ReplyDelete
  7. Melalui manusia dan haiwan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana membantu anak saya

      Delete
  8. Membantu anak saya terima kasih

    ReplyDelete