Tuesday, 19 March 2013

TAKUTNYA TENGOK POKOK NI....(SAINS THN 4)

Terdapat pelbagai jenis tumbuhan yang ada di sekeliling kita. Ada yang mengeluarkan bau yang harum, ada yang berbau busuk dan ada pula yang menyeramkan...kenapa ye?..

Ha, inilah tumbuhan yang menyeramkan itu...
Orang selalu kata... namanya paku langsuyar... takut kan....
Tapi dalam buku, tulis "paku sarang burung" atau dalam Bahasa Inggeris "bird nest fern"

Ok.. itu saja... selalulah berkenalan dengan tumbuhan di sekeliling kita...

sepanjang perjalanan ke sekolah..(SAINS THN 4)

Cuaca setiap hari agak panas... sejak kebelakangan ini hujan agak jarang turun di kawasan ini. Setiap hari kulewati jalan ini dalam perjalanan ku ke tempat kerjaku sebagai seorang pendidik...

Pemandangan di sekitar jalan adalah umpama musim luruh di kawasan yang mengalami kejadian 4 musim.

                                                                                                                                                                    




1.Mengapa agaknya pokok ini meluruhkan daunnya?
2.Mengapa ia seperti memayungi jalan ini?

jawapannya:-
1.kerana ingin mengurangkan kadar kehilangan air dari pokok tersebut.
2.kerana ia bergerakbalas terhadap ransangan cahaya matahari.

Tumbuhan perlukan cahaya matahari untuk buat makanan sendiri... apa nama prosesnya?
FOTOSINTESIS
(SAINS THN 4)

Monday, 11 March 2013

HAIWAN YANG PANDAI MAIN ACI NYOROK...(SAINS THN 4)

Cuba perhatikan gambar ini.... ada tak yang tersembunyi...

Inilah haiwan yang pandai main aci nyorok... apa namanya?

Tujuannya ialah untuk mengelakkan dirinya dari dilihat oleh musuh. Kaedah ini namanya PENYAMARAN. Di dalam Bahasa Inggeris istilahnya ialah COMOURFLAGE..... (Sains Tahun 4: cara haiwan melindungi diri daripada musuh)