Tuesday, 23 April 2013

SISTEM RESPIRASI HAIWAN (SAINS THN 4)

Haiwan mempunyai organ respirasi yang pelbagai. Antara organ respirasi haiwan adalah:-
1. paru-paru
2. kulit lembab
3. insang
4.struktur trakea
5. buku paru-paru

Berikut ialah imej bagi beberapa jenis organ respirasi haiwan.




Monday, 22 April 2013

PEMELIHARAAN HUTAN (SAINS THN 6)

Tumbuhan dan haiwan merupakan unsur penting dalam kehidupan manusia kerana ianya dapat membekalkan sumber makanan dan bahan mentah. Pemeliharaan dan pemuliharaan dapat mengekalkan keseimbangan ekosistem di mana kita meminimumkan pemusnahan habitat haiwan dan juga mengelakkan daripada berlakunya pencemaran.

Hutan lipur adalah antara satu kaedah yang digunakan untuk memelihara flora dan fauna yang ada di sekeliling. Hutan lipur Ulu Kenas di Kuala Kangsar adalah contoh hutan lipur yang dijaga untuk mengekalkan kehijauan hutan dan juga untuk mengekalkan spesis flora agar tidak pupus. Terdapat banyak spesis tumbuhan di sini. Ianya juga dijadikan sebagai tempat rekreasi dan terdapat juga tempat untuk melaksanakan kursus ataupun kem motivasi.


                                    

 


    Tapak perkhemahan di Hutan Lipur Ulu Kenas

                  


pelbagai spesis flora                            



pokok pisang hutan




                                               

spesis palma jenis kipas                                      
                                                                                 
Berbagai aktiviti boleh dilakukan di sini seperti berkhemah dan juga sebagai tempat untuk mengendalikan pelbagai jenis kursus. Kehijauan hutan lipur ini harus dikekalkan sebagai salah satu tempat untuk beriadah dan berehat setelah penat bekerja. Para pengunjung diminta menjaga kelestarian hutan ini demi mengekalkan khazanah yang tiada tolok bandingnya.
Cintailah hutan kita!                               




KEMAHIRAN TMK DALAM MATA PELAJARAN SAINS


Elemen Teknologi Maklumat dan Komunikasi telah menjadi satu item yang penting di dalam matapelajaran Sains bagi Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR). Murid-murid telah didedahkan dengan pelbagai aplikasi seperti Powerpoint, Excel, Word dan juga didedahkan cara menghantar mel elektronik.

Ini adalah antara satu transformasi dalam bidang pendidikan dalam usaha menaiktaraf pendidikan di Malaysia ke tahap pendidikan bertaraf dunia.
Untuk itu pelbagai prasarana cuba dilengkapkan di sekolah dalam usaha merealisasikan hasrat kementerian agarsemua murid tidak mengira lokasi sekolah mereka, akan dapat didedahkan dengan kemahiran ini.


Tuesday, 16 April 2013

AKTIVITI MANUSIA YANG MENYEBABKAN KEMUSNAHAN HABITAT FAUNA (SAINS THN 6)


Manusia merupakan makhluk yang mempunyai kelebihan kerana diberi akal fikiran. Dengan anugerah akal dan fikiran itu membolehkan manusia mengolah alam ini dengan pelbagai aktiviti yang mendatangkan manafaat kepada manusia.

 Malangnya, ada aktiviti ini yang menyebabkan kemusnahan habitat banyak jenis fauna di dunia ini. Antaranya adalah seperti berikut:-


                                                Pembakaran terbuka

                                                   penebangan hutan

                                                       pembebasan asap kilang

                                         penebangan hutan untuk membina taman perumahan

Manusia harus mengolah alam ini dengan cara yang paling berfikrah. Jangan sampai anak cucu kita nanti tidak lagi mengenali spesis haiwan seperti gajah, harimau dan orang utan akibat tindak tanduk kita sendiri. SAYANGILAH BUMI KITA DAN HIDUPAN DI DALAMNYA....



EKSPERIMEN MENYUKAT JARAK YANG DILALUI OLEH KERETA MAINAN (SAINS THN 6)

Murid-murid Thn 6 Al-khawarizmi amat berminat untuk menjalankan eksperimen Sains. kali ini mereka menjalankan eksperimen menyukat jarak yang dilalui oleh kereta mainan pada ketinggian yang berbeza.

3 pembolehubah yang dikenalpasti ialah:
a. pembolehubah dimanipulasi - ketinggian landasan
b. pembolehubah bergerak balas - jarak yang dilalui oleh kereta mainan
c. pembolehubah dimalarkan. - jenis kereta mainan/saiz kereta mainan/bentuk kereta mainan








Tuesday, 2 April 2013

program mentor-mentee murid thn 6.

Pada minggu lepas, saya selaku guru kelas tahun 6 Al-khawarizmi telah mengagihkan murid-murid thn 6 kepada mentor mereka.

Gambar ini menunjukkan saya....Cikgu Sanisah Omar bersama mentee saya.. Nor Amira Sofia..




Semoga mentee saya akan berjaya mencapai 5A khasnya dalam subjek yang saya kendalikan iaitu SAINS.

SANG GAJAH MENCARI HABITATNYA YANG MUSNAH...(SAINS THN 6)

Beberapa bulan yang lalu, penduduk kampung ini gempar apabila terjumpa seekor gajah sedang mencari-cari makanan di sebuah kebun /dusun durian lebih kurang jam 4 pagi.

Gajah ini dikatakan sering datang ke sini untuk mencari makanan.Penduduk kampung telah memberitahu pihak PERHILITAN yang mana telah berjaya mengikat kaki gajah tersebut pada sebatang pokok yang kukuh. 

Keesokan harinya beberapa ekor gajah denak telah di bawa ke sini untuk memikat gajah ini. 





Gajah-gajah ini telah dibawa ke pusat pemuliharaan gajah di Kuala Gandah.
Persoalannya...mengapakah situasi ini berlaku?
Adakah kerana manusia telah memusnahkan habitatnya?

Sayangilah haiwan-haiwan ini...jangan musnahkan habitat semulajadi mereka....